Bermula Satu Catatan...
10 Tips Untuk YAKIN DIRI -dari I love Islam-
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah
sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat
terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan
baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari
anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan
sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan!
Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada
hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata
orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk
menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang
masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas
tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah
atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu
berharga.
Recent Comments