CINTA



Sekiranya kamu dapati dirimu
menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
Janganlah merasa tersisih,
tiada salahnya menyintai seseorang kerna
cinta tidak memilih singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang
yang tak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan
buat dirimu tapi, kembalikan
penghormatan itu dengan cara ikhlas dan jujur
Jangan mengambil kesempatan dan melukakannya.

posted under | 1 Comments

Pesanan Hebat


Pesanan Untuk Jadi Individu Dan Umat Yang Hebat Lagi Berjaya (Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekali pun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya


krdt by Daniel Ezairy

posted under | 0 Comments

Siapakah kita yang sebenarnya


~ ~ ~Kadang2 kita cuba mencari siapakah kita yang sebenarnya..Dimanakah iman kita..Sering kita mencari tanpa henti..DAlam jalan kegelapan yang penuh berliku..terselit satu cahaya yang dinamakan nur hidayah..Yang milkNya..hadirnya didalam hati hasil kurniaan dari Ilahi..Barulah kita terjumpa iman itu..Dan betapa bermaknanya hidup digenggaman iman dan bukanlah nafsu..

~ ~ ~Hidayah dariNya mampu mengubah segala2Nya..Dari nafsu menjadi raja pada hati..MEnjadi pengemis didalam hati..Hingga Iman menjadi raja walau iman rendah diri dan rasa dirinya masih lemah..Dan memerlukan ujian dari Allah untuk dia terus maju dan hidup..Moga Allah memberkati kita..~

krdt by :: Daniel Ezairy

posted under | 0 Comments

TANDA-TANDA ORANG SOMBONG

7 TANDA-TANDA ORANG SOMBONG....

1. Cepat melahirkan sifat marah.

2. Suka memotong percakapan orang. ...

3. Suka bermujadalah yakni bertegang leher.

4. Nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.

5. Bercakap meninggikan suara.

6. Pantang ditegur.

7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat HATI kamu”.

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia org tak berharta berasa susah hati, tp di akhirat org tak beragama berasa lebih sengsara. (Saidina Abu Bakar)

Sabda Rasulullah saw: “Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan.

Krdt by :: Daniel Ezairy

posted under | 0 Comments

TUJUH PERKATAAN MULIA


posted under | 0 Comments

MERAWAT SAKIT ROHANI

Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah :

01. Jaga solat 5 waktu
02. Solat taubat dan istighfar 70X sehari
03. Qada' solat yg tertinggal
04. Baca Quran
05. Maafkan org dan mohon maaf
06. Cari ilmu berterusan dan cari guru yg mursyid
07. Berkawan dengan orang-orang positif
08. Sedekah kepada yg memerlukan
09. Beri binatang makan
10. Beri khidmat kepada yg perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12. Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru orang ke arah kebaikan
17. Tunaikan haji dan umrah. (Insyallah Jika berkemampuan)

Mari kita amalkan agar rohani kita sihat dan kita selamat dunia dan akhirat. Insyaallah..
-Original from Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

posted under | 0 Comments

Renungan

Assalamualaikum...

Agak lama juga aku tak menjenguk blog ni.. nak kata busy... tak ada juga..
Anyway aku nk sharing sesuatu(walupun terjumpe)... huhuhu..
So jom sama2x renungkan...


posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

About Me


    Kata Pesan

    Kenali aku sebelum kau tafsir satu persatu..

Recent Comments