Showing posts with label KisahKu. Show all posts
Showing posts with label KisahKu. Show all posts

Syukur

Alhamdulillah.. Syukur kepadaMu Ya Allah... 

Walaupun agak lama tidak update blog... Tetapi banyak coretan kisah yang telah
Berlaku dalam hidup ku... Salah satunya, aku telah mulakan business printing...
Sekarang ni, kami (aku dan uzair aka adik) memberi nama sebagai UK creative printing..
Dekat sini pelbagai perkhidmAtan yang kami sediakan... Antaranya:-
1. Flyer
2. Business card
3. Banner
4. Banting

Nak tahu lebih lanjut boleh private massage(PM) dan lawati facebook kami :-
Https://www.facebook.com/ukcreative2014

Kami akan bagi Best PRICE....

Hahhaha.. Dah siap promote... Singgah-singgahlah ye.... 
Susah juga untuk starting business.. Terutama pelanggan.. Kerana kepuasan pelanggan keutamaan kami...

Tetapi aku nak berterima kasih pada adik aku, dan kawan-kawan yang support untuk mulakan business ni... Tanpa mereka mungkin stop ditengah jalan...

YA ALLAH, majukan perniagaan kami.. Dan Engkau limpahkan rezeki kepada kami iaitu ukcreative printing...


posted under | 0 Comments

Surprises

Assalamualaikum...
Lama juga menyepi daripda berblogger.... Sibuk sangat dengan tugasan..
By the way, aku mengucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak
kepada family angkat dimelaka... Sebab 1st time dalam hidup aku meraikan hari lahir aku...
Sejak masuk year 1... Aku dah tak raikan... Bayangkan berapa lama...
Huhuhu.. Lama-lama... Jom aku nak share.. Sesi potong kek dengan gaya cekak pinggang..hahah
Tetapi macam mana pun i'm really appreciate... 
Dan tidak lupa juga pada Muhammad Uzair (Adik) kerana sudi beri hadiah...
Walaupun surprise tak jadi... Hahaha.. Maaf sangat... 
Haaaaa... Ni la hadiah dia.... Cantikkan... Kad tu dia buat sendiri... It's really touch myheart..
Disini juga aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nenek, ma, ayah, adik uzair, zahid, aisyah
i love you guys... And tidak lupa juga pada family aku yang wish my birthday.. Love you..
Semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian...

Wassalam..

##sgUdang,melaka

posted under | 0 Comments

Bingung(BLURRR)



Situasi sekarang
membuat aku menjadi bingung...
Macam-macam aku rasa.. Tiada siapa pun yang memahami...
Andainya aku mampu memutarkan waktu kembali ...
Ingin aku kembali ke waktu dulu...

TETAPI semua itu mustahil... Hanya angan-angan sahaja...
Seriously, aku macam hilang arah tujuan dalam hidup..
selalu runsing dengan keadaan-keadaan mendatang...
APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN...??




posted under | 1 Comments

Frust/Kecewa

Frust/ Kecewa.. Memang tidak boleh lari dari hidup seseorang.. Begitu juga dengan aku..
Sebagai contoh bila sesuatu yag kita inginkan tetapi tidak dapat..
Maka bermula fasa frust/kecewa ini..
Tapi sesetengah orang kata.. tak ada rezeki.. Nanti cuba lagi..
Cuba kita fikir disebaliknya.. Bukan tak ada rezeki.. tetapi rezeki lambat..

Kita sebagai manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan
dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah s.w.t.

Kunci rezeki hanya berada  ditanganNYA dan DIA akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya
pada hamba-hambaNYA yang selalu beristighfar, bersedekah berzikir, membaca Al-Quran dan
amalan-amalan yang mendekatkan diri kepadaNYA..

Sinopsis yang kita boleh buat ialah dalam usaha mencari rezeki atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan
kita dari beribadah dan mengingati ALLAH s.w.t.  Kita perlu bertawakal, berusaha dan berikhtiar tetapi
letakkan pergantungan sepunuh kepada Allah s.w.t..
Kalau kita memperoleh apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Dan kalau sebaliknya, bersabar
dan berbaik sangka dengan Allah s.w.t

P/S.:: So jgn nk frust bagai...Insyallah.. akan dapat rezeki yang lain... :)






posted under | 1 Comments

Result

Result yang aku tunggu-tunggu dah pun keluar baru-baru ini(12-Dec-2013)... Tapi
kecewa juga bila dapat tahu tidak berjaya.. Jadi, untuk interview kali ini, aku jadikan
sebagai pengalaman untuk pertama kalinya aku dapat interview bagi jawatan tersebut..
Macam mana pun, aku mengucapkan terima kasih kepada yang selalu memberi sokongan
dan galakan kepada aku..

Insyallah, aku akan cuba lagi pada masa akan datang...

P/S: Jangan takut untuk terus mencuba.. Kegagalan hari ini, tak bermakna kita akan gagal
selama-lamanya.... Jadikan kegagalan hari ini  sebagai pemangkin akan datang..

-Khairul FiDzie-

posted under | 0 Comments

Rindu



Entah kenapa sejak 2 menjak ni... 
Aku rindu pada suatu ketika dulu...
Di mana aku selalu mengadu dikala berduka...
Telah 9 tahun lebih dia meninggalkan aku...
Aku rindu sangat-sangat..

Tapi apa kan daya...
Dia tak akan kembali lagi...
Kerana Allah S.W.T lebih menyayanginya...

AL-FATIHAH buat Arwah Nenda (Sidah Binti Idris)
I really missed you

P/S:: Segala pesanan akan ku ingat selalu...

posted under | 0 Comments

CINTA



Sekiranya kamu dapati dirimu
menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
Janganlah merasa tersisih,
tiada salahnya menyintai seseorang kerna
cinta tidak memilih singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang
yang tak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan
buat dirimu tapi, kembalikan
penghormatan itu dengan cara ikhlas dan jujur
Jangan mengambil kesempatan dan melukakannya.

posted under | 1 Comments

Siapakah kita yang sebenarnya


~ ~ ~Kadang2 kita cuba mencari siapakah kita yang sebenarnya..Dimanakah iman kita..Sering kita mencari tanpa henti..DAlam jalan kegelapan yang penuh berliku..terselit satu cahaya yang dinamakan nur hidayah..Yang milkNya..hadirnya didalam hati hasil kurniaan dari Ilahi..Barulah kita terjumpa iman itu..Dan betapa bermaknanya hidup digenggaman iman dan bukanlah nafsu..

~ ~ ~Hidayah dariNya mampu mengubah segala2Nya..Dari nafsu menjadi raja pada hati..MEnjadi pengemis didalam hati..Hingga Iman menjadi raja walau iman rendah diri dan rasa dirinya masih lemah..Dan memerlukan ujian dari Allah untuk dia terus maju dan hidup..Moga Allah memberkati kita..~

krdt by :: Daniel Ezairy

posted under | 0 Comments

CINTA ITU MAGIS!!!

Cinta adalah satu kuasa luar biasa bagi menggerakkan seseorang ke arah sesuatu yang dihajati dan disasarkan. Lelaki dan cinta bukan soal main-main. Kerana cinta jugalah Nabi Adam a.s dulu sanggup menyeberangi lautan Hindi mencari Hawa. Segala kepayahan, liku dan rintangan sanggup diredahi demi cinta sang pria terhadapa sesuatu yang dicintai dan diminati. Pun begitu cinta hakikatnya luas dan antaranya cinta dengan insan bernama kekasih dan minat serta hobi yang mendalam..

Biar apa pun strategi anda di luar sana dalam membeli cinta, pastikan cintta itu tahan sepanjnag hayat.Biar macho pun anda , jika gagal menghargai cinta agar mekar selamanya, pun tidak guna. pilihlah cinta dengan bijak, kerana cinta bagi lelaki adalah Magis!!! 


p/s:: Cintakan Tuhan adalah yang kekal..

posted under | 0 Comments

Bermula Satu Catatan...


10 Tips Untuk YAKIN DIRI -dari I love Islam-

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

posted under | 1 Comments
Home

About Me


    Kata Pesan

    Kenali aku sebelum kau tafsir satu persatu..

Recent Comments