CINTA



Sekiranya kamu dapati dirimu
menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,
Janganlah merasa tersisih,
tiada salahnya menyintai seseorang kerna
cinta tidak memilih singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang
yang tak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan
buat dirimu tapi, kembalikan
penghormatan itu dengan cara ikhlas dan jujur
Jangan mengambil kesempatan dan melukakannya.


Bagaimana kamu mengurus cinta,
Begitulah jua kamu mngurus dirimu
setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan,
dan kebahagian yang serupa, sekali pun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
Tiada seiapa yang harus dipersalahkan ....
Relakanlah cinta itu pergi..
Kerana setiap yang berlaku ada maksud tersembunyi..
dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti...

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan penuh misteri
didalamnya...
apabila ia datang mengetuk pintu hatimu,
nikmatnya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia,
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri,
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihatimu.

posted under |

1 comments:

Anonymous said...

.............

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me


    Kata Pesan

    Kenali aku sebelum kau tafsir satu persatu..

Recent Comments